Kแด‡แด›ษชแด‹แด€ Sแด‡แดส€แด€ษดษข Nแด‡แดกส™ษชแด‡ Mแด‡ษดษขแด‡แดŠแด€ส€ Mษชแดแด˜ษช...

Saturday, April 4, 2020

Tiga wabak berjangkit yang pernah melanda dunia

Dalam keadaan semasa negara kita yang tengah dilanda dengan pandemik COVID-19, diharapkan agar korang
sentiasa mengikuti segala arahan dan langkah perintah kawalan pergerakan serta menjaga kebersihan dan
kesihatan diri masing-masing. Kalau korang nak tahu, sebenarnya wabak penyakit membawa maut ni dah
banyak kali berlaku tau.

Kali ni saya akan senaraikan untuk korang tentang tiga wabak penyakit membawa maut yang pernah berlaku
kat dunia.

1. Wabak Taun/Kolera, menimbulkan mogok

 secara besar-besaran di Liverpool…

Wabak taun atau kolera merupakan sejenis penyakit bawaan air dan makanan. Penyakit ini berpunca
 daripada oleh jangkitan sejenis bakteria iaitu Vibrio Cholerae yang mana bakteria ini menggemari persekitaran
 kawasan air masin dan suam. Mereka yang dijangkiti oleh wabak ini akan mengalami cirit-birit yang sangat
 teruk dan boleh membawa kepada maut akibat dehidrasi

Cholera
Via metrorakyat.com

Penyakit ini dipercayai mula tersebar di Sungai Ganges yang terletak di negara India pada tahun 1817 dengan
skala yang sangat besar. Sungai Ganges merupakan sebuah sungai yang dianggap sebagai sungai yang suci
bagi sesetengah penduduk India dan air daripada sungai ini digunakan oleh mereka untuk tujuan aktiviti harian
seperti mandi, tempat mencuci pakaian, dan upacara keagamaan.
Pada kebiasaannya mereka akan datang ke Sungai Ganges beramai-ramai dan menjalankan beberapa
ritual-ritual tertentu seperti membuang habuk di sungai tersebut.
Kesannya, mereka yang hadir berhampiran dengan Sungai Ganges tadi telah membawa jangkitan wabak taun
atau kolera ini ke rumah mereka dan telah menyebarkan ke beberapa kawasan di negara India yang mana
pada akhirnya telah menyebabkan ratusan ribu orang telah meninggal dunia akibat terkena jangkitan tersebut.
Pada tahun 1820, wabak taun atau kolera ini telah merebak luar ke beberapa negara seperti Thailand, Indonesia,
China, Jepun dan Eropah. Ia telah membunuh seramai 100 ribu orang di kepulaun Jawa. Sesampainya wabak
ini di Britain, masyarakat umum telah pun mengetahui tentang bahaya wabak ini dan telah mencetuskan
suasana panik sehingga berlakunya penyebaran berita yang mengatakan bahawa lebih ramai orang mati di
hospital berbanding di rumah mereka.
Orang ramai mempercayai bahawa pesakit yang di bawa ke hospital hanya untuk dibunuh dan dibedah siasat
sahaja sehingga akhirnya telah menimbulkan kemarahan masyarakat dan berlakunya mogok secara besar-
besaran di Liverpool.

2. Ebola, virus yang berpunca daripada kelawar

 di Afrika

Untuk pengetahuan korang, penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam Berdarah Ebola (EHF) adalah sejenis
penyakit yang telah menyerang manusia berpunca daripada virus Ebola. Wabak virus Ebola ini juga dikenali
sebagai salah satu virus yang paling berbahaya di dunia kerana virus Ebola ni sangat mudah untuk berjangkit
dan boleh menyebabkan maut. Kes pertama virus Ebola ini dikatakan yang datang daripada keluarga Filviridae
di Filipina pada November 2008 dan telah
menyebabkan kematian berjumlah seramai 2,430 orang. Wabak virus ini dipercayai berpunca daripada kelawar
buah yang banyak menghuni Afrika Barat, terutamanya di negara Congo dan Uganda.

Via Giphy

Disebabkan kemiskinan yang melanda negara tu, ia memaksa para penduduk yang berada di situ untuk
memakan buah-buahan yang tercemar akibat digigit oleh kelawar buah ataupun mereka menjadikan kelawar
itu sebagai salah satu sumber makanan harian.

3. Black Death (Maut Hitam), pandemik maut yang

 paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah

 manusia…

Maut hitam turut dikenali sebagai wabak hitam merupakan antara pandemik maut yang paling dahsyat pernah
berlaku dalam sejarah manusia. Ianya telah bermula di Asia Tengah dan telah merebak ke Eropah pada akhir
tahun 1340.
Akibat daripada penularan wabak maut ini, seramai 50 juta nyawa telah dianggarkan meninggal dunia. Di Eropah
saja, satu pertiga populasi manusia telah menemui ajal mereka akibat daripada wabak ini sehingga ianya telah
mengubah landskap sejarah benua tersebut sehingga ke hari ini.
Nama wabak ini berasal daripada bintik-bintik hitam yang terdapat pada kelasi yang mengembara pada laluan
Sutera dan telah singgah di pelabuhan Sicilian. Mereka yang dijangkiti wabak ini akan mengalami simptom yang
dipanggil sebagai “buboes” yang mana pada kebiasaannya ianya akan tumbuh di bahagian kulit sekitar leher,
ketiak dan kelamin yang kemudiannya akan bernanah dan mengeluarkan darah.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti wabak ini akan meninggal dunia selepas empat atau lima hari terkena
jangkitan tersebut dengan kadar peratus kematian sebanyak 30 hingga 75 peratus. Agak tinggi juga kan

Black Death
Via cbsnews.com

Keseluruhan populasi bandar yang telah disinggahi oleh wabak hitam ini akan mati dan dikatakan warga Eropah
lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan menanam orang mati sahaja.

Bersama kita mencegah wabak COVID-19

daripada terus menular, semoga Malaysia

segera sembuh…

Kepada korang yang sedang duduk di rumah, bersamalah kita membantu pihak kerajaan dan barisan hadapan
negara kita yang sedang bertungkus lumus membendung wabak covid-19 daripada terus menular. Korang kena
pastikan kebersihan diri dan melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran jika terdapat simptom-simptomwabak
ini. Semoga Malaysia segera sembuh seperti sedia kala
Location: Malaysia

๐‘…๐‘’๐’ธ๐‘’๐“ƒ๐“‰ ๐’ซ๐‘œ๐“ˆ๐“‰

๐’ฎ๐‘’๐“‚๐’ท๐’ถ๐“ƒ๐‘” ๐“€๐’ถ๐“‡๐’พ

Pesan ke6 dari 14 pesan yang ada

Jika kamu bertanya kepadaku, bagaimana caranya menjadi kaya, ?
aku akan menjawabnya..
"jadilah orang pertama yang menyumbang, karena yang terakhirlah yang paling miskin, sehingga bimbang dan bingung untuk memberikan hartanya"_

๐น๐‘œ๐“๐“๐‘œ๐“Œ ๐ต๐“Ž ๐ธ๐“‚๐’ถ๐’พ๐“

GET FREE EMAIL UPDATES

Join for free and get valuable content delivered right through your inbox.